Perbezaan Sistem Pangkalan Data dan Sistem Pengurusan Aplikasi Maklumat (DBMS) dari segi jenis dan komponennya masing masing

View previous topic View next topic Go down

Perbezaan Sistem Pangkalan Data dan Sistem Pengurusan Aplikasi Maklumat (DBMS) dari segi jenis dan komponennya masing masing

Post  Admin on Sun Apr 03, 2011 11:11 pm

Sistem Pangkalan Data

Ada 2 bentuk seni bina sistem pangkalan data iaitu
○ Sistem pangkalan data terpusat
○ Sistem pangkalan data teragih

○ Sistem pangkalan data terpusat
§ Terdapat pangkalan data sahaja
§ Semua data disimpan dalam satu tempat
§ DBMS letakkan dalam satu komputer perumah yang memuatkan pangkalan
data

○ Sistem pangkalan data teragih
§ Kebanyakan digunakan oleh firma dan organisasi
§ Senibina yang lebih dinamik dan cekap
§ Data perlu dimuat naik atau turun dengn kerap di antara komputer perumah
dengan komputer tapak jauh
§ Membenarkan pangkalan data diagihkan ke lokasi yang berlainan mengikut
keperluan tetapi bekerja secara bersepadu
§ Perkongsian data melalui DBMS berlainan
§ Contoh gambarajah pangkalan data teragih

Komponen Sistem Pangkalan Data

• 5 komponen asas
○ Data
§ Data penguna
□ Ditakrifkan oleh pengguna
□ Data bertambah tetapi strukturnya kekal
□ Nilai data yang tersimpan pada satu satu ketika di kenali sebagai
Ketikaan Data

§ Metadata
□ Data mengenai data yang tersimpan dalam kamus data
□ Kamus data
® Bahagian yang menerangkan struktur data yang disimpan
dalam pangkalan data
® Dianggap juga sebahagian daripada pangkalan data

§ Indek
□ Menerangkan perhubungan antara unsur data
□ Memudahkan capaian data oleh pengguna

○ Perisian
§ Komponen perisian
□ DBMS
□ Perisian aplikasi
® Menggunakan kemudahan DBMS
□ Perisian sistem pengendalian
® Meliputi perisian rangkaian jika DBMS digunakan dalam
persekitaran rangkaian
® Membekalkan antara muka pengguna untuk menyokong
DBMS
○ Perkakasan
® Bergantung kepada jenis aplikasi dan seni bina pangkalan
data

○ Orang
§ Pengamal
□ Pentadbir data
® Melaksanakan sistem pangkalan data dari peringkat
perancangan hingga pelaksanaan fizikalnya
□ Pentadbir pangkalan data
□ Pereka bentuk pangkalan data
® Mengetahui tentang teknik pangkalan data
® Mereka bentuk model logik dan membangunkan model
fizikal
□ pengaturcara
® Menulis aturcara untuk melaksanakan fungsi
tertentupangkalan data mengikut spesifikasi yang
ditetapkan
§ Pengguna
□ Pengguna akhir
® Pelanggan atau orang yang menggunakan sistem
pangkalan data
◊ 2 kategori
► Pengguna mahir
} Terlatih dengan kemudahan
dan struktur pangkalan
} Menggunakannya dalam
tugas seharian mereka
► Pengguna tidak mahir
} Menggunakan sistem
pangkalan melalui aturcara
aplikasi yang ditulis dengan
berbantukan menu atau
antara muka tertentu
} Tidak perlu mengetahui
struktur data pangkalan data
} Rujuk gambarajah hubungan
antara pengguna sistem
dengan komponen lain
§ Tatacara / manual
□ Peraturan atau panduan penggunaan
□ Piawaian
□ Panduan rekabentuk
□ Penggunaan pangkalan data / troubleshoot


Sistem Pengurusan Aplikasi Maklumat (DBMS)

○ Terdapat 5 komponen
§ Proses pertanyaan
§ Pengurus urus niaga
§ Pengurus keselamatan
§ Pengurus kamus data
§ Pengurus storan



Proses pertanyaan
○ Menukar pertanyaan yang dikemukakan dalam bahasa 3GL ke bentuk bahasa
pertanyaan berstruktur SQL
○ Cekap untuk menjawab pertanyaan
○ Membenarkan pengguna mencapai data secara langsung termasuk melalui aur cara
aplikasi
§ Dua bentuk bahasa pertanyaan untuk capaian data
□ Bahasa Data Perihalan - data definition language (DDL)
® Membenarkan pengguna mentakrif jenis data dan struktur
data dalam pangkalan data
® Banyak digunakan pada peringkat penciptaan pangkalan
data
® Digunakan oleh pengamal pangkalan data
□ Bahasa Pengolahan Data - data manipulation language(DML)
® Untuk mencapai dan mengolah data dalam pangkalan data
® Meliputi aktiviti
◊ Menyisip
◊ Menambah
◊ Menghapus
◊ Mengubahsuai- kemaskini
◊ menyusun
○ Proses ini dikenali sebagai pengoptimuman pertanyaan


Pengurus Urus Niaga
○ Menentukan setiap urus niaga memenuhi sat ciri yang dikenali sebagai ACID
§ A - atomicity
□ Bermaksud keseluruhan yang menyatakan bhw suatu urusniaga
mesti dilaksanakan sepenuhnya atau tidak dilaksanakan langsung
§ T - consistency
□ Bermaksud keselarasan yang menyatakan bhw selepas suatu urus
niaga dilaksanakan, pangkalan data mestilah dalam keadaan selaras
§ I - isolation
□ Bermaksud pengasingan yang menyatakan bhw kesan dua atau lebih
urus niaga yang berjalan serentak seharusnya diasingkan satu
daripada yang lain, iaitu sama seperti urus niaga yang dilaksanakan
satu selepas yang lain
§ D- durability
□ Bermaksud kekekalan yang menyatakan bhw hasil suatu urus niaga
yang disempurnakan adalah kekal dalam pangkalan data walaupun
berlaku kegagalan sistem


Pengurus Keselamatan
○ Bertanggungjawab menentukan bahawa ciri-ciri keselamatan data dalam pangkalan
data terjamin setiap masa.
○ Menentukan ciri ACID bagi setiap urus niaga dipertahankan.
○ Terdiri daripada modul:
§ Penyemak integriti
□ Menentukan keselarasan data disemak setiap masa dan segala
kekangan data dipatuhi
§ Kawalan penguatkuasaan
□ Menguatkuasa peraturan keselamatan untuk menentukan hanya
pengguna yang diberi kuasa sahaja yang dapat mencapai data
§ Kawalan capaian serempak
□ Mengawal capaian terhadap data yang sama oleh lebih daripada
seorang pengguna pada satu masa
□ Data dikongsi oleh banyak pengguna pada masa yang sama
® Data tidak dpt dikemaskini ketika ia sedang digunakan
oleh orang lain
§ Pengurus pemulihan dan sandar
□ Menentukan data yang terjejas semasa suatu urus niaga dipulihkan
kepada keadaaan sebelumnya
□ Menentukan tiada data yang hilang
□ Data lebih terjamin

Pengurus Kamus Data
○ Kamus data dicapai sebelum data sebenar dicapai
○ Mengawal capaian ke kamus data
○ Faedah kamus data
§ Mengawal data yang disimpan sebagai sumber organisasi
§ Data boleh ditakrif dengan jelas supaya penggunsa memahami kepenggunaan
dan kepentingan data
§ Lewahan dan ketakselarasan data dapat dikesan dan dielakkan
§ setiap perubahan struktur pangkalan data di rekodkan
§ Memudahkan pengurusan DBA untuk mengesan perubahan rekod
§ Sumber data dan dari mana dapat dikesan dengan mudah
§ Keselamatan & intgeriti dpt dikuatkuasakan

Pengurus Storan
○ Bertindak sebagai antara muka antara data yang tersimpan dalam pangkalan data,
pengurus pertanyaan dan pengurus urus niaga.

Mengawal dan mengurus simpanan data pada media saperti CD.

Admin
Admin

Posts: 31
Join date: 30/09/2009

View user profile http://computing.roomforum.com

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum