Topik Bacaan : Perbezaan Sistem Pangkalan Data dan Sistem Pemprosesan Fail

View previous topic View next topic Go down

Topik Bacaan : Perbezaan Sistem Pangkalan Data dan Sistem Pemprosesan Fail

Post  Admin on Sun Apr 03, 2011 6:03 pm

Sistem Pemprosesan Fail
Semasa komputer mula digunakan, rekod disimpan dalam fail elektronik yang berasingan tapi formatnya tidak banyak berbeza daripada sistem manual. Walaupun sistem itu lebih cepat dan tepat daripada manual tapi masih banyak kelemahan seperti
○ Perulangan data
§ Oleh sebab data tidak terpusat maka perulangan data tidak terkawal
§ Menyebabkan
□ Lewahan data yang menyebabkan
® Ketakselarasan dan ketaktekalan data
◊ Berlaku kesilapan nilai data
◊ Menimbulkan masalah integriti data
◊ Data tidak sah dan benar
◊ Tidak dapat dipercayai
§ Kawalan data yang lemah dari segi
□ Piawaian data
□ Capaian data
® Misalnya menggunakan nama fail yang sama tapi merujuk
kepada bidang berlainan, dikenali sebagai homonim
® Menggunakan nama yang berlainan tapi merujuk bidang
yang sama dikenali sebagai sinonim
○ Pengasingan data
§ Tidak menentukan bhw data yang disimpan dalam satu fail mempunyai
hubungan logik dengan data yang disimpan dalam fail yang berlainan
□ Amat sukar untuk mendapatkan maklumat yang memerlukan
gabungan dua atau lebih fail
§ Individu tidak perlu tahu dan tidak ingin tahu bagaimana data disimpan di
jabatan lain
§ Pengasingan menyebabkan
□ Kurang perkongsian data
□ Berlaku kelewahan data
□ Tidak cekap
□ Tidak selaras
○ Kebergantungan format data
§ Walaupun sistem fail amat baik untuk suatu yang telah dirancang dan rutin
tetapi masih menimbulkan masalah jika berlaku perubahan format fail atau
kehendak output
§ Kebergantungan format biasanya berlaku pada
□ Struktur storan
□ Format fail dalam aturcara yang dipakai
§ Proses perubahan misalnya (upgrade sistem) memakan masa menyebabkan
□ Sistem ini tidak anjal (lambat bertindak balas) kepada permintaan
yang berbeza
○ Ketakserasian fail
§ Berlaku bila versi perisian yang diguna tidak sama seperti format mdb dan
mdbx
§ Berlaku pada nama fail yang sama tapi format berlainan
○ Kurang perkongsian data
§ Menyebabkan kesukaran mewakilkan data organisasi
§ Pengguna tidak dapat lihat perkaitan antara data dalam bentuk yang
bermakna dan mudah difahami
○ Kurang anjal

Biasanya
○ Data disimpan mengikuti penggunaannya sendiri
○ Data disimpan dalam bentuk fail bagi penggunaan tersebut
○ Individu yang memproses data bagi setiap jabatan bertanggungjawab menentukan
polisi, piawaian dan hak cak capaian bagi fail di jabatan masing-masing

Contohnya
○ Jabatan pendaftar menyimpan rekod pelajar yang berdaftar dalam fail PELAJAR dan rekod kursus dalam fail KURSUS
○ Pejabat dekan pula menyimpan rekod pensyarah dalam fail PENSYARAH dan rekod
kursus dalam fail KURSUS
○ Jabatan bendahari menyimpan rekod semua staf termasuk pensyarah dalam fail STAF
○ Gambaran sistem fail terperinci digambarkan seperti di ms 53


Sistem Pangkalan Data
○ Dibangunkan dengan tujuan mengatasi kelemahan yang wujud dalam sistem
pemprosesan fail
○ Dalam sistem fail, pengaturcara aplikasi mempunyai tugas yang amat berat kerana
§ Menentukan format data
§ menulis atur cara aplikasi
§ Berhubung dengan pengguna
○ Dalam pangkalan data, kerja dibuat oleh DBMS dan pengaturcara aplikasi boleh
menumpukan perhatian kepada kehendak pengguna
○ Dalam sistem ini, DBMS hanya perlu mengetahui
§ Aspek fizikal bagaimana data disimpan
§ Bagaimana perhubungan data
○ Sistem ini
§ menyimpan semua data secara terpusat
§ Dikongsi oleh banyak jabatan yang berkenaan
§ Gambarajah rujuk ms 58

○ Kelebihan sistem ini
§ Perulangan data terkawal kerana aplikasi memusatkan semua rujukan data
kepada satu tempat dan mengurangkan perulangan data serta menyebabkan
□ Lewahan data berkurangan
□ Keselarasan data terjamin
□ Integriti data bertambah

§ Kesepaduan data
□ Pengendalian dilakukan oleh DBMS
□ DBMS hanya perlu tahu bagaimana fail ingin disatukan
□ Menyebabkan
® Memudahkan kawalan data dari segi capaian
® Perkongsian data antara jabatan
® Capaian data cepat
® Pertambahan maklumat akibat perkongsian dan data baru

§ Kebebasan format
□ Kemampuan pangkalan data buka sahaja menyimpan data tapi juga
format fail
□ Semua maklumat merujuk kepada DBMS dan aplikasi tidak perlu
menyimpan data yang digunakan
® Atur cara aplikasi pangkalan data tidak bergantung
kepada struktur dalaman pangkalan data
® Format fail mungkin berubah tetapi aturcara penggunaan
tidak perlu ditulis. DBMS akan memadankan unsur data
yang ditakrifkan kepada struktur fizikal yang disimpan
dalam pangkalan data
® Ketakserasian fail diselesaikan kerana seluruh sistem
pangkalan data terletak di bawah kawalan seorang
pentadbir pangkalan data.

§ Perkongsian data
□ Mewujudkan perwakilan data organisasi
□ Kesepaduan data menunjukkan perhubungan fail dan rekod
□ Mudah mencapai data yang diperlukan

§ Tatacara keselamatan yang lebih baik
□ Risiko kehilanga data berkurangan melalui penggunaan
® Kata laluan
® Kebenaran pencapaian bertingkat
® Penguatkuasaan keselamatan fizikal

§ Lebih banyak pengguna melalui capaian serempak
□ Tidak melibatkan kehilangan data
□ Tidak menggugat integriti data

§ Tatacara sandar dan pemulihan yang lebih baik
□ Jika berlaku kegagalan sistem
□ Melalui DBMS
® Tatacara pemulihan yang lebih cekap kerana memilih
sandaran yang berkesan dan tidak membebankan
pengguna atau pengaturcara
® Melalui penggunaan log

○ Kelemahan sistem pangkalan data
§ Kos DBMS tinggi
□ untuk komputer peribadi tidak tinggi berbanding organisasi
§ Penambahan kos perkakasan
□ Memerlukan satu pelayan dan sistem rangkaian yang tinggi
kemampuannya
§ Kos pembelian lesen
§ Kos penukaran
□ Memakan masa
® Format dan piawai data
□ Memerlukan latihan staf
§ Saiz storan yang besar
□ Penambahan kos storan
□ Penambahan kos penyenggaran
□ Gaji yang setimpal
□ Kemahiran yang tinggi
§ Berlaku penurunan prestasi
□ Penggunaan DBMS berbentuk memenuhi kehendak umum berbanding
sistem fail yang bertujuan untuk tugas tertentu
§ Risiko kegagalan
□ Risiko tinggi bagi data dan sistem terpusat

Admin
Admin

Posts : 31
Join date : 29/09/2009

View user profile http://computing.roomforum.com

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum