Topik Bacaan : Perkembangan Sistem Pangkalan Data

View previous topic View next topic Go down

Topik Bacaan : Perkembangan Sistem Pangkalan Data

Post  Admin on Sun Apr 03, 2011 5:58 pm

Idea mengenai pangkalan data bermula apabila berlaku pendaratan kapal angkasa apollo di bulan pada tahun 1960an. Sejak itu satu produk yang berasaskan struktur hierarki atau pohon yang dikenali sebagai Information Management Systems (IMS) dihasilakn oleh IBM

IMS digunakan pada komputer kerangka utama organisasi besar hingga hari ini.

○ Pertengahan 60an
§ Syarikat General Electric diperkenalkan oleh IDS (Integrated Data Store)
menjadi perintis menghasilkan sistem pangkalan data berasaskan struktur
rangkaian untuk mengatasi masalah perhubungan data yang rumit kerana tidak dapat
dihasil melalui model hierarki
§ Oleh itu, satu piawaian sistem pangkalan data dibentuk melalui badan CODASYL
(Conference on Data System Language).
§ CODASYL menubuhkan jawatankuasa petugas yang dikenali sebagai DBTG (Data Base
Task Group) yang bertanggungjawb merangka piawaian sistem pangkalan data yang
kemudian diumumkan pada tahun 1971.
§ Antara piawaian yang dicadangkan ialah
□ Penggunaan DDL
□ Penggunaan DML
§ Sistem pangkalan data yang dihasilkan melalui DBTG merupakan sistem pangkalan data
generasi pertama

Sistem Pangkalan Data Generasi Pertama
○ Berasaskan sistem pemprosesan urus niaga organisasi
○ Aturcara ditulis menggunakan pengaturcaraan aras tinggi seperi COBOL dan PL/I
○ Masalah yang dihadapi
§ Sokongan perkakasan dan perisian
§ Tiada bahasa pertanyaan yang mudah
§ Data tidak dapat dimanfaatkan sepenuhnya
§ Sukar bagi pengguna mempelajari bahasa pengaturcaraan yang digunakan
§ Penulisan kod pengaturcaraan panjang untuk menjawab satu pertanyaan
yang mudah
○ Masalah diatasi melalui
§ Penggunaan kerangka utama berkemampuan tinggi
§ Pada tahun 1970, E.F Codd menerbitan kertas penyelidikan yang
mencadangkan satu model hubungan pangkalan data yang baru berasaskan
algebra hubungan dalam matematik.
□ Oleh itu, satu projek dikenali sebagai Sistem R dikendali di makmal
penyelidikan IBM di UCLA dan menghasilkan model pangkalan data
yang baru dikenalisebagai model hubungan
□ Model hubungan menjadi asas kepada sistem pangkalan data
generasi kedua


Sistem Pangkalan Data Generasi Kedua
○ Berkembang pesat pada tahun 80an melalui penghasilan Bahasa Pertanyaan Berstruktur
(SQL)
○ Melalui SQL wujudnya DBMS bersifat komersial seperti
§ DB2
§ ADABAS
§ INGRES
§ INFORMIX
§ ORACLE
§ SYBASE
○ Boleh digunakan pada komputer kerangka atau minikomputer
○ Model hubungan ini
§ Memerlukan komputer yang lebih besar kemampuannya
§ Berasaskan lajur dan baris
○ Oleh itu pada 1979, dBaseII diperkenalkan melalui minikomputer
○ dBaseII bukan merupakan DBMS hubungan tapi produk baru bagi dBaseIV,
FoxPro,Paradox dsb tapi merupakan saingan kepada produk DBMS sebenar
menyebabkan ORACLE dan INGRES diturunkan penggunaanya ke versi minikomputer
○ Akhirnya perkembangan terbaru DBMS apabila ada
§ sokongan GUI
□ Melalui Visual FoxPro, Power Builder dan Ms Access
§ Komputer peribadi
§ Perkembangan teknologi komputer dan telekomunikasi
○ Model hubungan ini disokong oleh Model Hubungan Entiti (ER model) yang diperkenalkan
oleh Chen pada tahun 1976.
○ Model ini juga diperbaiki dan menghasilkan Model Data Hubungan Terluas (Extended
Relational Data Model atau ERDM)


Perkembangan terbaru sistem pangkalan data ialah Sistem Pengurusan Pangkalan Data Berorientasikan Objek (ODBMS) yang digunakan untuk menyimpan dan menyenggara struktur data daripada OOP. OOP melihat kepada set struktur data dan lebih rumit berbeza dengan pengaturcaraan tradisi yang melihat kepada urutan arahan yang ingin dilaksanakan. Persamaannya ialah data disimpan dalam hubungan data hubungan biasa. Ianya membawa kepada DBMS generasi ketiga yang berorientasikan siatam pangkalan data cergas dan sistem pangkalan data multimedia

Admin
Admin

Posts : 31
Join date : 29/09/2009

View user profile http://computing.roomforum.com

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum